1. Apakah Public Mutual
Public Mutual merupakah sebuah syarikat unit amanah berdaftar yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah bank negara. Secara asasnya Public Mutual mempunyai fungsi yang sama dengan ASB, ASN, ASW dan sebagainya. Melalui pelaburan Public Mutual, para pelabur akan mendapat keuntungan melalui dua cara iaitu melalui kenaikan harga seunit dan juga melalui pengagihan dividen tahunan.
Dari segi pelaburan, pelaburan di unit trust Public Mutual mempunyai konsep dan kaedah yang sama dengan Amanah Saham Nasional dimana harga unit adalah berubah dan bergantung kepada keadaan pasaran semasa.
2. Bagaimana Untuk Melabur
Sekiranya anda ingin memulakan pelaburan, anda boleh menghubungi saya. Walau di mana sahaja lokasi anda, saya yakin akan dapat membantu anda untuk memulakan pelaburan dan anda akan mendapat support saya sepanjang pelaburan anda.
Klik di sini untuk memulakan langkah pelaburan anda.
3. Bagaimana Cara Untuk Jual Balik Unit Saya
Jika anda ingin menjual balik unit, anda mempunyai dua pilihan:
1. Anda boleh memilih agar wang anda terus di kreditkan ke dalam akaun bank (Public Bank atau Maybank sahaja).
2. Menerima cek samada melalui pos atau mengambilnya cek di pejabat Public Mutual yang berdekatan.
4. Adakah Pelaburan melalui Public Mutual mematuhi Syariah?
Melalui Public Mutual, wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrument pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.
Penasihat Syariah bagi dana-dana Islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).

